Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha pemurah...
YA ALLAH..
seandainya telah engkau catatkan...
DIA milikku tercipta untukku..
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaan antara kami...
agar kemesraan itu abadi..
YA ALLAH YA TUHANKU..
yang maha mengasihi..
seiringkanlah kami melayari hidup ini..
ketepian yang sejahtera dan abadi...
maka jodohkanlah kami..
tetapi YA ALLAH..
seandainya telah engkau takdirkan..
dia bukan milikku..
bawalah dia jauh dari pandanganku..
luputkanlah dia dari ingantanku..
dan peliharalah aku dari kekecewaan..
ya allah ya tuhanku yang maha mengerti..
berikanlah aku kekuatan..
menolak bayangan jauh ke dada langit..
hilang bersama senja nan merah..
agarku sentiasa tenang..
walaupun tanpa bersama denganya..
YA ALLAH YANG TERCINTA..
pasrahkanla aku dengan takdirmu..
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..
adalah yang terbaik untuk ku..
sesungguhnya engkau maha mengetahui..
segala yang terbaik buat hambamu ini..
YA ALLAH..
cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..
di dunia dan di akhirat..
dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini..
janganlah engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjuruskan aku ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran
maka..
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
agar aku dan dia
sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup
kejalan yang engkau redhai..
dan..
kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehan..
YA ALLAH..
berikanlah aku kebahagiaan di dunia dan di akhirat
dan peliharalah aku dari azab api neraka..
AMIN..AMIN..YA RABBAL 'NALAMIIN
No comments:
Post a Comment