FoLLoWeRs nUaZrA


I made this widget at MyFlashFetish.com.

">

Monday, April 25, 2011

LaWAk-lAwaK..WaKaKa

 jalan-jalan usha-usha fb jumpe benda niey...wakaka...


01.Yang pemarah - KEIJL CACIMAKi

02.Yang suke berjimat - SAYORI SUKAMURA

03.Yang bisu - KIETA TADASORA

04.Yang suka makan nasi - NANACHI KASIBANYA

05.Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06.Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJU

07.Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08.Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09.Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10.Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11.Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12.Yang kene tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13.Yang suke merempit - SAJA CARIMATI

14.Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

15.Yang lembab - AYUMI SIPUTBABI

p/s peringatan kalau siapa2 yang baru dapat anak jangan sesekali bg anak nama macam ni..buruk benor..

Sunday, April 24, 2011

tEnCiOn kOwT

let's talk bout life sikit today~
korang penah tak rasa 
lebih baik tak payah buat baik
dengan orang if they
actually
don't ever think but u
irony gler ayat aku..
memang irritating wajah tue...
hope dapat delete expression
muka tu after cuci muka 
kejap lagi...
seyes menyakitkan hati....
pernah teringat balik
kak ecah pesan dulu
"ERIN jangan sangka yang semua orang baik"
"hati-hati"
aku susah nak pegang pesanan niey...
coz aku tak leh tengok orang susah...
mesti nak tolong punye...
bile dah terhantuk baru nak tengok depan...
aishhhhh....


Friday, April 22, 2011

bEnGaNg..

hye guys..apa kabo..shat kew..
(ayat aku macam biasa nk tulis blog..ngeee)

ok..ok..
uits..mesti korang tertanya2,apasal entry aku kali niey bengang lak..hahaha...
cube korang tengok post2 aku yang lepas2 semua kisah sedih aku..cehhh..
ntah pepe tah aku niey..macam setupit pun ada..
dok g igat kat dye tue wat pew..huhuhu..
biarlah orang cakap aku bodoh kew bengong kew bangang kew..
ada aku kisah...ceh..
sebenarnye aku pon dalam poses nk lupekan dye niey la..slow..slow ar okey)

aishhh..ah sudah apa aku mepek niey..uhhh
ok berbalik tajuk kali niey "bengang"
(kenapa bengang niey kak oi)
ok nk citer ar niey...
aku niey ngah bengang tahap gunung berapi ngan makhluk kat tempat keje aku niey..
nme dye R*J....(orang nepal)..
dye niey  kat tempat keje klu tak gaduh ngan aku mang tak sah kowt..
boleh dikatakan dalam sminggu dekat 3,4 kali aku gaduh ngan dye..pas tue baik ar blik ...
macam hari niey..aku gaduh besar dgan dye..hahhah..
aku sound pnye la hebat ngan dye..baru dye tahu sapa aku...uhhh
dye niey klu kat tempat keje berlagak giler,konon dyelah supervisor,dyelah manager..
dasar xsedar diri...giler nak kuasa.xp xdapat pangkat pepe puh...cehhh...nyampah siot..
so ko tak yah ar nak control semua pekerja kat situ..sedar diri sikit
lagi satu ko tak yah ar nak masuk campur hal salegirl2 semua..hal salegirl semua bukan keje ko okey..
yang ko suke hati mak bapak ko nak sound2 dye orang tue pe sal..
mentang-mentang ar ah siang xdew..naik minyak lak ko erk...
igat sikit ar yang ko tu pendatang asing jew.gie balik ar tempat yang ko bnge2 sgat tu (nepal)
ada aku kisah...
lagi satu hal yang wat aku bengang sangat5 ngan dye niey...pasal mulut busuk dye niey la
orang2 yang rapat ngan aku benti..
keje nye tahu nak komplen-komplen orang jew..
nak tunjuk bagus la tue..xp ampeh..xdew sapa nk dgor ckap ko tue...
sebab dah terlalu lama menahan sabar ngan ko niey..aku pon komplen ar tentang semua peragai ko kat tempat keje..lagi2 time ah siang xdew..padan muke ko...bos pun dah tahu pasal ko..
skg ko puas hati..so ko tak yah ar nak bazir2 kan tenaga ko nk komplen2 owg lagi..
xdew sapa nk dengar.....igat sikit yew,,,

UHHHH

Thursday, April 21, 2011

DiRi aKu



nama pnuh aku Nurul Azreen Bte Razali
aku lahir pd 16 Mei 1990
aku ank ketiga dr 7 adik bradik
aku ank pompuan sulung..

wahahah...
aku ade dua owg abang..dua org adik pempuan n dua owg adik  laki bawah aku..
aku seorg yg gemok(xp ramai ckap aku kurus)..
hehehe.
aku xbpe tinggi dah tak bpe rendah.
medium2 jew.....
masa kecik mak aku cakap aku gemok..
heheheh

aku sorg yg ...degil..
tp klu tegur lembut2 aku akn dga..
klu tgur kasar2..sori to say aku nk dga..
hehehe..ermm..
aku kepala batu gak..tp hati aku agak lmbut..
aku klu jln dgn kwn2 aku aku suke bercakap....
kadang2 tue aku suke tengok peragai orang sekeliling..
lagi2 pasangan kapel..
mengedik jew..mle la aku ngan kawan2 aku kutuk dye....
hehehe..(terok betul)..

aku cpt isau kt org..aku slalu pnting kn org keliling aku..
diri aku no 2 laa...
aku cpt rs besalah..wlupon bkn slh aku tp aku ttp rs besalah..
smpai membe aku ckp aku ni sengal..
tp nk wt cmne kn..
tu la diri aku..
hti aku sng tersentuh..aku ske pndam prasaan..
ske berdiam diri..klu aku mara,sedih,geram..
aku ske dok diam2..sorg2..
klu aku da xleh thn sgt aku akn nangis..
hehehe...aku ngis sepuas hti aku..

aku mudah maaf kn org..aku cpt melupakn pekara buruk..
cme ade la stgh bnda yg aku xleh nk lpe kn..
ye r..wt pe nk ingt bnda tu lme2 kn..
cm knangan silam aku..
OMG aku xleh nk lpe kn..
klu aku mara pon xlme..
puas aku mara aku ok lik..
bak kata membe aku..aku ni cm gnung brapi..
tp bile da sjuk ok je..

org slalu nmpk aku ni jht..
tp aku sbnrnye cm biase..
aku caring pd fmly aku..kwn2 aku....
nmpk je aku cm xde pk pe2..
tp hti aku ni..adess..tuhan je yg taw..
mcm2 aku rs..
mcm2 aku alami..

aku suke beli mende2 cyumel..
kadang2 mende tue aku tak pakai pun
(membazir)
aku syukew ngan tucing..suke cngat2..
tucing an chumel..
aku syukew teddy bear pooh..
sebab dye gemok mcm aku..ngeee


aku jenis ske wt kje giler..
hahaha..wlupon aku taw bnda tu risiko...
pd aku la kn..
brani wt brani tngung..
tp xde la smpai nk bik dadah ke isap rokok..
shit la tuu..
sjht2 aku xde la smpai cm tu..
ermm..ni je la ttg diri aku..
aku rs xde lg da kot..huhuhu..


 mke poyo depan webcam



niey ar teddy bear aku..
chumel tak..chumel tak...
hehehehe 

pooh aku yang gemok..
best klu jadikan tempat lepaskan geram..
kasi belasah cukup2..
huhuhuhu...

tEmAn iStImEwA...

hari ni aku x leh tidow.
kenapa.
pown x taw.
mabey terlebeh tidow petang td. emm.
kali ni aku nak cita kan pasal teman istimewa. 
emm. 
nak kata kan aku x penah ada. 
x jugak
 aku penah ada tp sayang x bertahan lama.
bermulanya begini.
setiap yang aku cinta mesti akan pergi.
sama ada aku yang tinggal kan ataw aku ditinggal kan. 
*macam la banyak sangat.
kekadang aku jelesh tengk kawan2 aku. 
kapel sejak sekolah n kekal hingga hari nie. 
cam na depa wat. uh x reti aku. aku cuba gak tp x daya. mungkin x dak jodoh kot. hehe. 
*ayat orang besa guna.
bila tngk kawan dating. 
huh mesti jelesh.
mungkin masa skolah dulu aku x suke layan cinta cintun niey... 
2 sal la aku x pandai sangt nk bercinta.
sbb aku x reti nak sembang ape ngn dye niey. 
aku tawnya sembang ngan mbe2 jew... .
sembang mesti merapu. 
aku dulu ada kekasih. 
sayang dia sakit.
so cinta kami x kekal.
aku punya satu lagi kekasih.
tp x serasi. 
n aku juga penah ada kekasih. 
tp sayang aku ngan dye tak sehaluan...
kini hanya membujang.
tp kan happy kowt duk bujang nie. x dak la nak kena ngadap henfon 25 jam. nk topup 2 hari skali. 
xdak la duit habis nak blanja dia. hahaha. 
aku pk kawin ja skunk nie. 
senang. 
lagi best. 
(huh gatai..)



Wednesday, April 20, 2011

2o sEbAb pErEmPuAn mEMBeNcI LeLaKI

pada lelaki sila baca yew..

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
 Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
 Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
 Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
 Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
 Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

petikan ini dari http://cintasaturasa.blogspot.com/ ...
utk lelaki : hey ! sebab yang mana korang dibenci oleh perempuan
utk perempuan : betul ke ni ?? :)

aKu bUsYeN..


what do u feel 2day??
tetibe gatal nk speaking lak....haha

adakah anda gembira??

adakah anda cdeh??
adakah anda blur??


pe2 pon yg korang rase...ak x taw...tp yg pasti, ni yg ak rase...jeng3...

ak tgah ngntox gle ni sbnrnye....2 je nk bgtaw...hahaha...
so...ak nk g zzzz kat bulan jap...wakakaka....

so...
layanzzz jelah.....=p



Tuesday, April 19, 2011

taK TaHU NaK LeTaK TaJUk ApA

ngeee..
hye guys....
ary niey xbnyk aku nak citer..
aku just nk bagi tahu..ary niey aku nk blik teratak bonda kat simpang empat..
rindu siot ngan mbe2...ye ar..kat sungai besar aku mne ada rmai kawan pon..
mlas nk mencari..mse aku bnyk kat tempat keje jew...
so kawan yang ada pon just yang ada kat tmpat keje jew...
memandangkan minggu lepas aku xcuti..jadi aku amek cuti 2 hari ..
ngeee...(ada agenda nk wat kat kmpung)
mybe habis keje aku terus gerak balik..
dalam kul 8.00pm..igat nk blik kul 5 jew..
xp keje ada bnyk lak plak..
haduiii..xpew2 dapat OT lebih ket..
ngee..(leh wat kawin) hahahha...

ok
 tue jew citer tuk hari niey..aku pon skg niey ngah rest so xleh lme2 niey..jap gie nk msuk keje blik..
sebelom masuk keje aku nk gie soley solat lue...
ok tata...

 niey bukan beg xp kek..kek yang berjaya wat custemer konpius..
lau xcye meh ar datang happy angel...

Monday, April 18, 2011

cE tEnGok NIeY..PaTuT Ke TaK PaTuT

tengah syok aku duk godeng-godeng facebook, terjumpa mende alah ni..kelakau BEB! sat no.. den gelak dulu. wakaka (ok dah!) :P



p/s: lawak. tapi memang logik jugak nih. haha

ok tata


Sunday, April 17, 2011

kEjAdIaN HaRi sAbTu

hye guys..
ermmm..lme aku menyepi...
kini aku kembali..
kemana???
kembali berblog ar..
niey aku nk cte skit..cerita niey berlaku nye smalam..memandangk an semalam aku xsempat nk bkak blog
jadi hari niey ar aku nak cter...
semalm kedai tempat aku keje ttup awal..
memang lam sejarah ar kte owg dpat perintah ttup awl pukul 6.30 pm
coz ibu pejabat tmpat aku keje wat jamuan anniversary yang kew 25..
so semua cmpeny2 happy angel kne turun teluk intan(ibu pejabat kat stu)
jamuan dibuat kat dewan skolah san min...
jamuan nye start kul 8.00 pm..ah siang(manager) siow chin(super) raj(nepal)
dah gerak dulu..dye owg sume grak kul 7.00..
aku lak grak lmbt skit ar..coz aku nk ttgu waktu mghrib abez lue..bru grak..
pekeje2 yang len sume tak nak naik ngan ah siang..
so dye owg sume nk naik ngan aku..
aku,mey see,wawa,sokteng,spiderman(nepal), kte owg dalam kul 8.00 bru grak gie teluk intan....
tngah2 lam pjalanan...ada satu kejadian telah berlaku..nk tahu apa..
ce cite   ce cite..
masa tu aku singgah kat shell sabak bernam..nk isi mnyak kete...
salah aku jugak...lupe nk ttup lmpu kete..so kete aku xleh start..
bateri kene wink(btul kew aku eja niey)..perhh..haru betul wktu 2..
dah ar grak lmbt..kete lak wat hal..
nsib baik ar ada satu kmpulan india niey tolong kte owg..
dye cas bateri kete dye kew kete aku..akhirnya..dapat jugakar  kete aku start..
so kte owg pun cpat2 ar gerak gie teluk intan..
laju nye jgan cter ar..mne tak nye laju..dekat 20 pggilan aku dapat..sume nye tnye aku kat mana..pling bnyk pggilan dari siow chin ar..pnye ar aku gbra.apa lagi aku driff habis habisan..lau mak aku tahu aku bwk laju cm tu..compon kene bebel nye..
xp kome jgn cte ngan mk kau dah ar...
kte owg smpai teluk intan lam pukul 8.55 pm cm tue ar..
smpai sana sume owgdok tengok kte owg..tah tgok apa tah..aku ngan yang len2 wat derk jela..
ngeee...
kte owg sume pon dduk mkan..mkanan boleh tahan ar sedapnye..
(catering gulam rasul)
kat pentas aku tgok ada taukeh..duk bgi hadiah cabutan bertuah..
salah seorang salegirl tmpat aku keje (mey see)menang hadiah..ceh..hadiah kipas angin gitu..
dah abes mkn sume..kte owg lepak2 dulu...
cmpeny simpang empat,cmpeny bidor,ngan tetamu2 lain sume dah beransur pulang..(balik tido)
cume tinggal cmpeny sungai besar jew yang belom blik2 lagi(cmpeny aku)..kte owg grak blik lmbt skit ar..
coz kte owg wat sesi tangkap gmbr skit..cehhh...


niey ar salegirl2 tempat aku keje..
dari kiri..meysee,wawa,siowchin,aku,sok teng

ngee3..yang niey lak aku ngan siow chin...
siow chin niey housemate aku..teman tido aku..cehh

aku ngan wawa...


ha..gmbr niey aku suke..klu kwang nk tahu..niey ar pekeje2 sungai besar...
dri kiri bju itam meysee,aku,siow chin,raj,wawa,sokteng..yang kat blakang bju ijau 2..ah siang..
yng kat depan niey la spiderman

haa..
tengah2 syok tngkap gmbr..tibe2 bos aku la nk join..cehh...
yang 2 owg kat blakang bju pink ngan bju biru tu ar bos aku...
ngee..sporting btul bos mse tue..ngeee..

sungai besar happy angel...
gmbr niey berterabur skit..fotograp nye xreti tgkap gamakny..cehhh




dah tamat sume sesi tgkap gmbr..kte owg pon gerak blik sungai besar..
siow chin ngn ahsiang xblek skli..dye owg tido teluk intan..
perhhh..mkin parah..raj yang xd ikut si ahsiang..kne blik ikut aku pulak...ah suda..
owg blakang sume berimpit..aku drive..wawa duk tepi aku..
time blik aku bwak xdew ar laju2..slow2 jew..bhye beb..(ceh bru ngaku bhaya)
kte owg smpai sungai besar lam pukul 11 lebih..pas anto sume blik umah msing2..aku pon blik umah..
tido 
tamat)....

Friday, April 15, 2011

cErItA DuLu-DuLU..

hai guys..
pe kabo..shat kew...dah makan...
(aisey man..ada kew owg nk baca pon)

hari niey aku nak story skit seba serbi pasal aku pengalaman2 keje yang penah aku buat dulu....
jeng..jeng..jeng...(ceh)
saja nak tukar cerita lak hari niey..asyik cite sal mende2 jiwang ngan mende2sedih jew(apa kes)...tutup sekejap cite 2..
biarlah kisah 2 pergi di bawa angin sepoi2 xreti bahasa..(aisey)...heheheh,,,,
ok.ok..start cerita (mula kan ngan gear satu)
aq niey dulu superwoman..hahaha(bergurau)dulu aku niey an kire hebat la jugak..mne tah nye..
dulu macam2 keje aku penah wat...erm amacam hebat x..hebat x...(hebat la sangat)
xp jangan pikir len yew...aku keje yang halal jew tau..
dijamin oleh jakim...
korang nak tahu apa kerja2 yang penah aku wat dulu...
cer cita...cer cita....

**************************************
(kerja pertama)
dulu aku penah keje kat gerai jual air(tepi jalan)bkn stakat jual air jew..kropok leko,pisang goreng semua
ada...
masa tue aku skolah lagi taw..form 2...mula2 nye aku niey suka sangat lepak2 kat gerai makcik tue..
lepas jew abez kelas..aku mesti lepak kat gerai mak cik 2 tue..(customer tetap)
mak cik leha namanya..tup2 makcik tu panggil aku keje ngan dye...dye bagi gaji sehari Rm15.00..kire ok ar 2..
aku pon time la keje tue..dari dok buang masa baik aku tambahkn wet lam poket suar aku...
xp an..aku keje xlama beb,dalam 3 bulan jew..pas tu aku benti..
ops bukan diberhentikan yew...xp aku yang minta benti..
masa tue an aku skolah lagi,so time aktiviti2 petang kat skolah aku xleh join..sebab keje..
mbe2 aku semua ada join,,aku jew yang xdew..mlas nk pk bnyak..aku pon cakap kat makcik tue nk benti.,
bagi alasan cikgu wat tuisyen petang..hahah..keji
lepas tu aku xdew keje dah..duk umah jew goyang kaki...study dan study...

**********************************
 (keje kedua)
dua tahun kemudian...(ceh)

masa tue bulan puasa..aku keje kat bazar ramadhan..x silap aku masa tu aku form 4...
umah aku dekat jew kat bazar 2..ada la satu ary 2 time first puasa aku gie ar bazar ngan mbe aku wani..
jalan-jalan kat bazar...ada satu makcik niey dye kenal mbe aku..pas tue dye minta kita owg keje ngan dye..
katanye dye ngah cari pekeje..terdesak sangat aku tgok siap merayu lagi...
dah penat sangat dengar rayuan gomba mak cik tue(makcik nor mnenya) aku ngan mbe aku wani pun terima la keje 2..
esok nye kje..perhhh..pertama skli aku rasa sebetul2nye letih..penatnye jangan cte la..
dah la bulan puasa..balik jew skolah.habis mandi. makan sembahyang dah kene gie keje..keje kul 2.15 smpai habis kemas semua barang dalam kul 7.50 p.m cam tu ar..bru balik....sehari rm 10.00 inggit..(jadi la)
dah dua tiga hari keje kat stu mang rasa penat segiler gilernye..rasa cm nk benti jew..xp disebabkn keje nye sebulan jew..
aku tahan jela bukan lama pon..
maklumla bulan puasa pnye la bnyk sangat owg datang membeli (malas nk masak agkny)
aku pon smbil meniaga..cuci 2 mata skit..dok usha-usha mamat2 encem kat stu..(ceh gatal )
hahahah..comeiiii jewww..daH lama-lama keje bru ar rasa seronok...
(seronok ada makna) hahahah..
cikgu-cikgu skolah aku pon ada datang  bazar..terkejut kemain lagi dye tgok aku ngah wani kat situ..
siap tnye lagi..kamu buat apa kat sini,,,haduiii(dalam hati)apa pnye otak la ckgu niey pakai..
dah terang2 tgok aku ngan wani pakai apron lagi mau tanye..nak jew aku cakap..kita owg main
bako-bako ckgu..mbe aku pon cakap ar ngan ckgu tu (senyum2)..kita owg keje ckgu saja jew cri duit wat kawin tambahkan baju raya dalam almari..heheheh...
cukup  jew sebulan puasa raya kite owg pon dah xkeje dah...ble igat2 blik keje kat situ best jugak..
nk makan apa,cakap jew..aku pon apalgi..balon jew semua yang ada (huh,,xsenonoh)
hahahah..best..memang best..

***********************************
 (keje ketiga)
start buka sekolah,tahun 2007 masa tue aku form5... time tue aku dah xdew keje..
satu hari tue aku ngan wani gie pasar (pasar isnin kat simpang 4)..first2 skali kte owg pegi gerai mak cik nor
nak beli pecal.pecal dye memang tip top..makcik nor masa tue kemain sonok ag dye tgok kte owg dtang
plik jew aku tgok dye tue..siap bagi pecal free lagi..pas tue dye minta kite owg keje ngan dye lagi..
(oh baru aku tahu ini agenda) pkir pnye pkir kte owg pon stuju jela.,bkn nye keje ary2 pon..smiggu skali jew
(tiap2 ary isnin) ok ar tue an tak gnggu masa study..
ble tibe ary isnin kite owg pun g keje ..jalan kaki jew gie pasar..agak jauh la jugak rumah ngan pasar tue..panas terik ujan batu gerimis mengundang pon kite owg redah jew...
hari first keje xbpe nak sonok la skit..sonok lagi masa keje kat bazar..abg2 kat pasar x chumel mcm abg2 kat bazar..(ceh..kegatalan melanda) heheh...keje kat pasar dapat sehari Rm 15.00 inggit..(ok la 2)
kte owg habis kje kul 11.00 mlm..nasib baik ar mak cik nor tue berhati baik...dye antar kite owg balik..
bagus betul..mne2 makanan xhabis jual dye pggil kte owg bwak blik..perhh baik giler ar mak cik tue..
cukup 3 bulan keje kte owg minta benti,,maklumla SPM nk dekat..nak study lebih skit la kan..penting tue..
mak cik nor pon bagi kite owg benti..sedih jew mke dye masa tue..
aku igat lagi dye cakap.."susah nak cari pekeje macam kome niey"hehe..bngge aku ble dengar(riak)
ble dah xkeje..kite owg pon selalu rajin kan diri gie pasar..saja jalan2...(tamat)

*********************************
(keje ke empat)
tahun 2008
tahun aku merdeka...(ceh) ye ar kan dah tak yah nak pkir pasal sekolah lagi memang ar merdeka..
spm pon dah selamat dah...tggal tggu result kuar jew..aku rasa macam dunia aku yang pnye..
'bebas' nak tido lmbat pon boleh.nk bgun lmbt pon bleh..(aisey klu owg tahu cmpem xlayak wat menantu)
ceh..heheheh...
xp itu semua hnyalah sementara..sebabny mbe aku si wani niey ngajak aku cari keje...aku on jela dri duk umah besar an body yang dah sememangny besar bek aku cari keje..
kte owg pon cari la keje..cari yang dekat2 ngan umah jew..senang jalan kaki..cari pnye cari kita owg try mntak kat kntin sekolah (sekolah aku) tak sangka beb...kite owg  dapat keje 2..(amin)
bukak je skolah bulan satu,kte owg pon start keje..keje kat knti sama jew mcm aku gie sekolah dulu..xp yang niey lagi awal,kte owg masuk keje kul 6.50 pagi time aku gie skolah dulu kul 7.20..(ngantuk jgn cte ar)..
xp disebabkn gaji lumayan..ku gagahkan juga body aku niey tuk bgun..upah sehari rm30.00
bnyk 2 sapa tak nak an..keje kat kntin senang jew..goreng2 jew..pas tue jual..dah abes goreng sume mende
tggu kat depan,smpai budak2 rehat...abes rehat kemas2,sapu sampah..balik....
mkn jgn cte ar..nk melantak apa pon boleh..mk cik kntin pnye lah baik gler..xpenah mrah2.senyum jew..
sonok ar dpat bos cm 2..rmai la jugak yang keje kat kntin 2..sume udak baye2 aku..xp lain skolah la..bdak nye memang best gler ar..rindu aku ngan dye owg..haris.izzat.aiman.fadhil.iwan...heheh...memang xboleh blah
bnyk gelak dri keje..lagi2 si haris ngan izzat..klakar hbis la...hahaha..shari tak melawak tak sah..
kdang2 ada gak gaduh2..hehehe..
aku keje kat kntin pon xlme.sama gak ngan wani..tiga bulan jew kte owg keje kat knti...
aku ngan wani calon malang terpilih,masuk PLKN..aku dpat kat kem terkok,sungai siput..wani lagi best..dye dapat kat gua musang..qlate tue..lepas result spm kua kte owg pon gie plkn msing2..result aku???
ermmm ok la satu F,yang len sume lulus..alhmdulillah..subjek aku F tue mang subjek aku xbpe minat..add math..sumpah aku xminat...(patut la gagal kne mkn sumpah ) ceh...

****************************************
 (keje kelima)
3 bulan seterusnya..

balik dari kem..perhh penat bebaloi2...pengalaman mse kat kem nty aku cte yerk,xp bkn skg la,skg nk cte pasal keje jew...balik kem bln 6..3 bulan aku duk kat kem...bulan 8 aku start cri keje..wani tak ikut aku..dye kte nk msuk form 6..dye ajk aku msuk skli..aku xnk..bkn apa otak aku niey dah tepu nk blajo...semua tawaran aku tolak..yang kau tahu aku nk keje jew...(terok betul)
aku pon cari la keje..cari pnye cari,aku dapat keje kat kedai kek Eng tan bake house..jadi cashier kat stu..
kje pon boleh tahan jgak..senang jew..xsusah mne pon...dah lme aku keje stu.tbe2 bos tue nk bkak cawangan baru kat sabak beranak bernam.dye mntak aku yg handle kedai dye kat sna..mula2 tue aku memang xnak gie..ye ar..geng2 aku sume keje kat sni..aku lak yg kne gie sne..aku try la tolak tawaran 2..xp bos 2 wat spoil la..dye rayu2,,cair aku dibuatnye (keji)aku pon time jela..
bkak jew kedai kat sbak bernam aku pon gie ar jge kat sna..bosan tahap gaban aku kat sana..mbe sume tak dew..
owg2 sabak bernam mne aku kenal..dah tiga hari aku keje kat sbk bernam..dtang 2 owg bdak mntak keje..
aku inform kat bos..bos pon suh aku ambik bdak 2 keje..nme dye owg liza ngan emma..
budak 2 bkan budak xp pngkat akak ngan aku..aku tecik setahun ngan dye owg ..aku pggil la kak liza ngan kak emma..hahah..otak dye owg memang gler2..sehari keje dah leh wat aku ketawa tercirit birit smpai kua air mata..klakar hbis ar  ngan peragai dye owg...memang sempoi..hahah...
mle2 tue perniagaan kat stu memang bgus..xp lme kelamaan bisnes mkin turun...
aku dengar 2 cte kedai tue akan d tutup..aku pon bnti la keje kat stu sedih jew masa bnti tue... lme jugak ar aku keje kat stu dlam setahun sebulan sapa x sedih an...

*****************************************
(keje kelima) dan (keje keenam)
tahun 2009

aku mse tue dah xdew keje apa2..so..dok umah jela tnam jagung...dalam 2blan aku  xkeje..
msuk jew 3 blan..mbe aku paggil aku keje kat tmpat dye..kedai kek jugak..xp nma je lain..yang niey nmenye
happy angel...mbe aku 2 siti nmenye..dye ajk aku keje sama ngan dye kat kedai 2..dye suh aku datang kedai tnye pasal keje kat situ..mse tue kedai tue memang nk pakai owg pon..so aku pon dapat ar keje 2..xsilap aku mse tue bulan 7 aku start kje..
keje nye sama jew ngan keje lme aku dulu..cme hrge jualan jew yang berbeza...so dye owg sume xdew pning2 nk ngajo aku wat semua mende..sebab semua mende aku dah tahu wat...dah lme2 keje aku pon dah kre hebat la kan..(bnge sekejap)..msuk bulan satu tahun2010,wani ajk aku keje kat kntin skolah..yang niey kntin skolah rendah..aku pon on jela keje kat kntin tue..konon2 nk cri wet lebih tuk kawin(ngee kegatalan melanda)gji kt kntin dapat ar rm15.00 shari (ok ar tue an)kat kedai kek tue lak aku msih keje lagi,aku amik shif petang jew,msuk kul satu..sebab pagi aku kene keje kntin skolah smpai kul 12..dah 8 bulan lebih aku keje kat kedai kek tue ..bos aku plak nk bkak cawangan baru kat sungai besar...aku wat derk jela..sebab bkn aku yang pegi...siow chin ngan ah siang(ank bos manager kat tmpat keje) yang kne hndle kedai kat sana..dah sebulan cawagan kat sungai besar buka..bos talipon aku.dye mntak aku tolong si siow chin hndle kedai kat sungai besar...perhhh menyirap ar aku masa 2...tbe2 plak suh aku pehal..aku try tolak tawaran 2..aku ckap aku ada keje part time kat smpang empat..aku xnk gie mne2..pastu si siow chin lak tipon aku..dye ckap dah sebulan dye jge kat sungai besar dye blom lagi dapat cuti..merayu dye mntak tolong aku...kesian pnye pasal..aku pon setuju ar keje kat sungai besar..terpaksa ar aku bnti keje kat kntin..sebab kat sungai besar aku kene keje dari pagi smpai mlm..mse tue salegirl blom ada lagi...aku ngan siow chin jew kat kedai tue..aku pon terus an la keje smpai skarang niey..ngeee...dulu kte owg sume berulang..nk jimat mnyak pnye pasal..kte owg pon cri ar umah sewa kat sni..alhmdulillah ar dapat umah nye..umah nye boleh tahan,,best wooo..aku siow chin ngan ah siang pon tinggal ar kat sungai besar......duit sewa umah..ngeee..bos yang bayo..api air lak..ermm..sendiri bayo ar kan..share bertiga...

niey ar housemate aku..
koh wei siang..manager kat tmpat keje..

siow chin..partner aku kat tmpat keje
siow chin niey girlfriend si ah siang...

niey ar aku..mke toyeee..ngeee...


dan yang niey lak wani..mbe aku masa sama keje dulu
wani niey jiran aku..kawan aku masa nakal2 dulu..
ngeee..skg dah baik dah...


p/s...ha niey ar cter tentang aku dulu2..ada bnyk ag cter nye...xp tue ar..aku sibuk beno at tmpat keje..
lagi2 skg niey dah nk dekat mother day..lagi ar aku bzy..
ok guys...thank for reading..coretan aku niey...

tata

Thursday, April 7, 2011

hArGa dIrIku..mAhAl TuErrr

hati ak mmg x tenang sejak kebelakangan ni..
oh God..jauhilah perasaan ini dariku..
sungguh!!

haha..jgn tertipu dengan tajuk harga diriku 2...
2 sebenarnye tajuk lagu wali band..best2!!..ak suke..
aiseyyy...
jom pakat nyayi ramai2....


wali band-harga diriku


Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku
Reff:
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini
Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu
Back to Reff
Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….
Back to Reff

Tuesday, April 5, 2011

aPa nAk jAdI niEy..

assalamualaikum...haii 

apa nk jadi???
ohh ohh niey bkan tjuk lagu ali mamak yew..
yang niey tajuk tentang diri aku yg dah xbpe nk betul...
ermmm...nk tahu kew..
cer cite cer cite...
hhahaha..
aku gelak saja jew tue..xp sebenarnye aku ngah nangis,,,
hari niey aku bkak fb dye..
sebab aku rindu nak tengok dye...
bile aku tgok dye..mula la mata aku niey..ntah apa kene tah..
asyik nk berair jew...mybe bnyk mnium air kowt..
ermmmm...
walaupun sebernarnye dye dekat..xp aku rasa dye jauh sangat..(ceh ayat irony gler)
ermmm..ntah la..
aku niey pon satu..
dah tahu cenggeng (dye nye ayat)
yang pegi gatal nk bkak fb dye tue wat pew..
ermm..
memang gatal tangan betul aku niey...
ermmm nasib ko la labu...padan muka..
sapa suh cri masalah...
elok2 happy..tetibe ngis...
aiseyyy..mang xd nafikan pepuan niey mang cepat nangis..
(contahnye aku)
sensitip betul hati mereka.....
agak2nye..bile la aku boleh lupakan dye yew..
ermmm..berusaha la erin..
chaiyok chaiyok...
jangan jadi lemah la...
(kata hati aku)
ok my hati aku akan try...ko(hati) tlong aku yew...
kite sama-sama berusaha...


aku nak happy macam niey..
MySpace
aku tak nk jadi sedih cam niey lagi..

aku xnak nangis macam niey lagi...
ya allah tabahkanlah hambamu niey...
amin...